Pendidikan Akmar Hisham

Sebagai anak jati Parit, Perak, Datuk Akmar Hisham bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar Shah dan Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak. Semasa bersekolah, Datuk Akmar cemerlang di dalam pendidikan dan aktiviti ko-kurikulum serta pernah mewakili negeri Perak ke Sukan Malaysia (SUKMA) 1992 dalam acara silat olahraga.

Selepas tamat bersekolah dan memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pentadbiran Sosial). Ketika di Universiti Malaya beliau aktif sebagai pemimpin mahasiswa dan pernah memegang jawatan sebagai Presiden Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya 1994/1995 dan Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 1995/1996.